Rabu, 27 Jun 2012

Jangkitan respiratori akut di kalangan kanak-kanak ( Acute respiratory infection)


  •  Jangkitan ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian sistem respiratori dari telinga tengah ke hidung sehinggalah ke paru-paru.
  • Selalunya jangkitan ini menyebabkan penyakit yang tidak serius seperti selesema dan batuk. Walaubagaimanapun bagi kanak-kanak yang sensitif ia boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius iaitu pneumonia.
  • Pneumonia adalah bentuk jangkitan respiratori akut yang lebih serius.
  • Kanak-kanak yang menghidapi pneumonia menunjukkan gejala-gejala yang berbeza bergantung kepada umur dan punca jangkitan.
  • Antara gejala-gejala yang menunjukkan keadan anak menjadi serius adalah batuk yang berpanjangan, demam yang tinggi, sesak nafas atau nafas laju, kurang selera makan dan nafas berbunyi.
  • Kanak-kanak di bawah 5 tahun yang menghidapi penyakit pneumonia yang serius akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan ini mengakibatkan dada kanak-kanak akan melengkung ke dalam ketika menarik nafas.
  • Bayi pula akan menunjukkan gejala seperti kurang aktif, tidak makan atau minum seperti biasa, sawan dan sebagainya.
  • Sekiranya ibu medapati anak mempunyai gejala-gejala di atas adalah penting anak di bawa untuk mendapatkan rawatan dengan segera bagi mencegah komplikasi.

Sistem respiratori manusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan