- Jangkitan ini boleh berlaku pada mana-mana
bahagian sistem respiratori dari telinga tengah ke hidung sehinggalah ke
paru-paru.
- Selalunya
jangkitan ini menyebabkan penyakit yang tidak serius seperti selesema dan
batuk. Walaubagaimanapun bagi kanak-kanak yang sensitif ia boleh membawa
kepada penyakit yang lebih serius iaitu pneumonia.
- Pneumonia
adalah bentuk jangkitan respiratori akut yang lebih serius.
- Kanak-kanak
yang menghidapi pneumonia menunjukkan gejala-gejala yang berbeza
bergantung kepada umur dan punca jangkitan.
- Antara
gejala-gejala yang menunjukkan keadan anak menjadi serius adalah batuk
yang berpanjangan, demam yang tinggi, sesak nafas atau nafas laju, kurang
selera makan dan nafas berbunyi.
- Kanak-kanak
di bawah 5 tahun yang menghidapi penyakit pneumonia yang serius akan
mengalami kesukaran untuk bernafas dan ini mengakibatkan dada kanak-kanak
akan melengkung ke dalam ketika menarik nafas.
- Bayi
pula akan menunjukkan gejala seperti kurang aktif, tidak makan atau minum
seperti biasa, sawan dan sebagainya.
- Sekiranya
ibu medapati anak mempunyai gejala-gejala di atas adalah penting anak di
bawa untuk mendapatkan rawatan dengan segera bagi mencegah komplikasi.
Sistem
respiratori manusia